Zaman sekarang, jawapan pada soalan sebegitu tiada masalah pada segelintir pengarah tapi tidak bagi Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee!
Sebab apa, P Ramlee mempunyai prinsipnya sendiri iaitu beliau lebih mementingkan mutu filem itu sendiri dibandingkan tawaran wang ringgit yang diberikan padanya untuk menyiapkan setiap projek filem baru.
Kisah P Ramlee itu dikongsi dalam satu laporan Utusan Malaysia yang menjelaskan mengapa beliau berhenti dari produksi Shaw Brothers pada masa itu.
“Masalah saya dengan syarikat Shaw bukan masalah wang, masalah saya ialah masalah mutu filem. Saya lebih mementingkan mutu persembahan, kalau saya fikirkan masalah wang, saya boleh menghasilkan 10 buah filem dalam setahun.
“Masalah saya ialah masalah seni yang bertakhta di hati. Kalau hati rosak, rosaklah seni seperti lagu dengan irama, kalau rosak lagu, pincanglah irama…” katanya.
Nyata, P Ramlee bukanlah anak seni yang boleh diberi arahan untuk mengikut telunjuk mana-mana produser untuk menghasilkan filem.
Tapi, persoalan sama jika ditanya pada pengarah zaman kini, apakah mereka juga sependapat dengan P Ramlee atau tidak peduli bab kualiti filem asalkan ‘soru tak miss’.