Hantu kru kabin muncul di UNICAM
1 min read
Bila kali terakhir anda berkunjung ke rumah hantu? Mungkin rumah hantu mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.
Bagi mereka yang mencari rumah hantu sebagai riadah boleh berkunjung ke Pameran Rumah Hantu dikenali sebagai Death Gate Terminal, Film and Aviation Spirits bertempat di Universiti College Aviation Malaysia (UNICAM), Dengkil, Selangor. Pameran rumah hantu ini merupakan aktiviti Kelab Permata bersempena Hari Terbuka UNICAM yang berlangsung hari ini (17 Mei 2025).

Pengarah projek, Putera Mohd Haiqal Zulkeflie yang juga pelajar semester 7, Diploma Cabin Crew and Services berkata, pameran tersebut bertujuan memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang aspek kreatif dan teknikal dalam penghasilan filem seram seperti tatarias watak, teknik pencahayaan, seni lakonan serta audio visual, yang turut dibimbing bapanya seorang pengarah filem terkenal, Datuk Zulkeflie M. Osman.
Menariknya, pelbagai jenis hantu ‘menunggu’ pengunjung termasuk hantu kru kabin pesawat.
Orang ramai boleh berkunjung ke pameran rumah hantu ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Harga tiket bagi pengunjung dewasa ialah RM10 manakala RM5 untuk kanak-kanak.

- Kafebuzz.my

