03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

“Habibi, why so cheap???” – Jutawan Internet kongsi 5 sebab buka bisnes di Dubai

1 min read

Dubai sentiasa menggamit tarikan ramai pelancong.

Mercu tanda Dubai iaitu Burj Khalifa masih memegang rekod bangunan tertinggi di dunia. Di sebalik tarikan tersebut, Dubai turut menjadi pilihan jutawan Internet dari Malaysia, Irfan Khairi yang menjalankan bisnes di sana sejak tujuh tahun lalu.

Irfan berkata, dia mempunyai lima sebab memilih Dubai sebagai lokasi perniagaan iaitu di sana tiada cukai perniagaan.

Cukai pendapatan pun tiada juga. Jadi, keuntungan perniagaan seratus peratus milik kita sebagai pemilik perniagaan. Oh ya, di sini tak perlu pun local partner untuk setup company. Seratus peratus perniagaan milik kita,” katanya menerusi emel terbarunya.

Menurutnya, pendapatan di Dubai adalah tinggi di mana jumlah purata pendapatan ialah RM25,000 sebulan.

“Bila disposable income tinggi, mudah untuk menjual sebab mudah orang nak beli. Di sini tiada istilah Kenapa harga mahal sangat? tetapi, orang sini kata Habibi, why so cheap???,” katanya.

Jelasnya, Dubai masih dianggap bandaraya baharu kerana pada tahun 1990, keadaannya masih lagi padang pasir.

“Peluang perniagaan adalah sangat luas. Keadaan ini dikenali sebagai emerging market. Pesaingan kurang dalam kalangan permintaan yang agak tinggi,” katanya.

Irfan menambah, mengambil contoh pengasas jenama Adidas iaitu Adi Dassler yang memulakan bisnes jenama terkenal itu pada usia 49 tahun, dia memberi semangat sesiapa saja tidak terlewat untuk memulakan perniagaan.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *