FINAS mohon PPV, sumbang tiga bulan elaun Ahli Perbadanan FINAS biayai perbelanjaan berkaitan COVID-19
1 min read
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memohon kerajaan agar agensi kerajaan itu menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Keputusan tersebut dicapai menerusi Mesyuarat Ahli Perbadanan FINAS baru-baru ini yang bersetuju memohon PPV di premis FINAS bagi tujuan pemberian suntikan vaksin kepada penggiat industri kreatif.
Permohonan PPV berkenaan juga sebagai langkah FINAS menyokong usaha kerajaan n dalam mencapai matlamat imuniti kelompok
secepat mungkin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Dalam pada itu, FINAS melanjutkan pemberian diskaun 50 peratus untuk sewaan fasiliti, alatan produksi dan pembelian ‘footage’ di bawah FINAS sehingga Disember 2021. Ia bagaimana tertakluk kepada syarat dan peraturan seperti syarikat Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, penggunaan bernilai RM1,000 dan ke atas, stesen penyiar tidak tertakluk kepada syarat dan peraturan sewaan bagi kadar diskaun ini dan kelulusan boleh diberikan kepada syarikat yang membuat tempahan melebihi satu projek.
Pada mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Zakaria Abdul Hamid juga bersetuju menyumbangkan tiga bulan Elaun Menghadiri
Mesyuarat (EMM) Ahli Perbadanan FINAS ke Akaun Amanah Bencana untuk membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19 sebagai tanda kebersamaan dan sokongan Ahli Perbadanan FINAS dalam membantu mereka yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.
- Kafebuzz.my

