Filem terhebat Marvel Studios, Eternals temui penonton Disney+ Hotstar
1 min read
Disney+ Hotstar mengumumkan filem terhebat pada tahun ini terbitan Marvel Studios iaitu Eternals akan mula penstriman secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 12 Januari 2022.
Eternals yang mengikuti kumpulan adiwira dari galaksi turut bertanggungjawab mempertahankan bumi. Apabila makhluk asing dikenali sebagai Deviants yang hilang daripada sejarah dan kembali penuh misteri menyaksikan Eternals bergabung untuk mempertahankan manusia sekali lagi.
Barisan pelakon hebat termasuk Gemma Chan, sebagai seorang yang penyayang terhadap manusia iaitu Sersi, Richard Madden (Ikaris), Kumail Nanjiani (Kingo), Lia McHugh (Sprite), Brian Tyree Henry (Phastos), Lauren Ridloff (Makkari), Barry Keoghan (Druig), Don Lee (Gilgamesh) bersama Kit Harington (Dane Whitman).
Tidak ketinggalan, Salma Hayek membawa watak ketua yang mempunyai sifat spiritual dan bijak iaitu Ajak manakala aktres Angelina Jolie menjadi pahlawan Thena.
Filem ini diarahkan Chloé Zhao di mana Kevin Feige dan Nate Moore pula bertindak sebagai produser bersama Louis D’Esposito, Victoria Alonso dan Kevin de la Noy selaku produser eksekutif.
- Kafebuzz.my

