02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Filem tayangan Astro First dan Netflix berpeluang sertai Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31)

1 min read

Filem tempatan belum ditayangkan di pawagam layak sertai Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).

Peluang tersebut turut terbuka pada filem tempatan yang ditayangkan di platform seperti Astro First dan Netflix dengan syarat filem tersebut menerima Sijil Perakuan A LPF pada tahun 2018, 2019 dan 2020 untuk tayangan di pawagam.

Syarat yang sama juga tertakluk pada mana-mana filem yang belum pernah menyertai siri FFM. Filem cereka animasi boleh menyertai FFM31 dengan mengisi pencalonan mengikut kategori yang bersesuaian dalam borang penyertaan.

Bagi filem cereka animasi yang pernah menghantar borang penyertaan pada tahun 2020 perlu menghantar semula borang pencalonan.

Bagaimanapun, borang penyertaan atau filem yang dihantar pada tahun 2020 tidak perlu dihantar semula tetapi sekiranya terdapat dokumen tambahan yang diperlukan, urusetia akan menghubungi wakil syarikat tersebut.

Penganjuran FFM31 juga meletakkan syarat semua calon mesti warganegara Malaysia atau bertaraf pemastautin penduduk tetap.

Memandangkan situasi negara ketika ini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), borang penyertaan dan dokumen lampiran boleh dihantar menerusi emel ffmjuri@gmail.com dan penjurianffm31@finas.my.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *