02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

“FFM31 penuh keperitan akibat impak COVID-19 dan kesusahan mencari pendapatan sara hidup disambut hambar majoriti penggiat seni” – PFM

2 min read

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) memohon agar Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) ditangguhkan.

Presiden PFM, Pansha berkata, PFM amat berterima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang sentiasa prihatin dan banyak membantu pembangunan industri perfileman tempatan.

“Bermula tahun 1980 Festival Filem Malaysia (FFM) dianjurkan bersama industri melalui Jawatankuasa Induk FFM yang ditubuhkan terdiri dari wakil Persatuan Perfileman Tempatan seperti PFM, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), SENIMAN, PROFIMA dan lain-lain.

Bagi meraikan kejayaan penggiat seni industri serta pengiktirafan dari Kerajaan dan sokongan industri, perkara ini perlu diperbincangkan secara terperinci bersama industri demi kebaikkan bersama. Bukan sahaja untuk glamour, festival ilmiah ini juga akan memberi objektif keperluan semasa yang dapat dirasakan oleh industri,” katanya dalam satu kenyataan media, kelmarin.

Menurutnya, Ahli Jawatankuasa PFM mengambil pandangan dalam kalangan ahli PFM penerbit filem tempatan dan penggiat seni.

“Kesesuaian untuk menganjurkan FFM31 pada tahun ini yang penuh dengan keperitan akibat impak Covid-19 dan kesusahan dalam mencari pendapatan sara hidup penggiat seni disambut hambar oleh majoriti penggiat seni.

“Lagi-lagi sehingga kini keperluan utama untuk menjalankan aktiviti penggambaran masih belum dapat dilaksanakan. Sudah tentunya proses pembangunan filem melalui kerja berpasukan, bayangkan bagaimana kita ingin meraikan segelintir yang berjaya dalam majoriti penggiat seni menghadapi keperitan untuk sara hidup,” katanya.

Jelasnya, negara lain yang melaksanakan festival filem jauh berbeza dengan keadaan semasa yang berlaku di Malaysia.

“PFM amat memahami FINAS bukan badan agensi kebajikan rakyat dan tertakluk kepada Akta 244. Dalam kesinambungan usaha dan fokus Kerajaan Malaysia “Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi Covid19” adalah lebih wajar peruntukan FFM31 sama ada besar atau kecil yang disediakan Kerajaan ini dapat dimanfaatkan dengan menyegerakan dan menambah lagi program yang dapat membantu penggiat seni secara keseluruhan seperti mengambil vaksin dan lain-lain.

“Keutamaan adalah meningkatkan semula ekonomi bagi keseluruhan penggiat seni tanpa mengira bangsa, agama dan kefahaman politik, dapat bekerja seperti biasa dan tidak hanya bergantung kepada subsidi Kerajaan,“ katanya.

Sehubungan itu, Pansha menegaskan PFM sebagai pihak yang berkepentingan dalam pembangunan Industri Perfileman Tempatan memohon agarFFM31 ditangguhkan kepada masa dan keadaan yang lebih sesuai atau ke tahun hadapan.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *