02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Festival Filem Laut Merah tawar pelaburan filem di Arab Saudi

2 min read

The Cultural Development Fund Highlights the Importance of Enabling the Kingdom’s film Sector through Participation in International Red Sea Film Festival

Mungkin ramai tidak pernah mendengar nama Festival Filem Laut Merah.

Penganjuran kali kedua pada tahun ini oleh Red Sea Film Festival Foundation berlangsung selama 10 hari di Jeddah bermula 1 Disember lalu. Di sebalik penganjuran tersebut, Dana Pembangunan Kebudayaan (CDF) Arab Saudi bertindak sebagai rakan kongsi rasmi festival yang membawakan tema Filem adalah Segala-galanya. Acara berskala besar ini tiada tandingan di mana penggiat filem berkumpul meraikan pengalaman audio visual yang menggabungkan keadaan sebenar dengan keadaan yang dibayangkan.

Menariknya, pelbagai pembikin filem, penerbit dan pakar dari Arab serta antarabangsa hadir mempamerkan peranan dan produksi filem mereka yang sentiasa menyentuh hati peminat di seluruh dunia.

Melalui penyertaan di acara tersebut, CDF bermatlamat untuk membiasakan pengunjung dengan pelbagai inisiatif dan peranan sebagai fasilitator pembiayaan dan perkhidmatan lain. Dana tersebut berfungsi sebagai penggerak utama dan pembiaya utama industri filem Kerajaan Arab Saudi serta kekal komited dalam memastikan kelestariannya sebagai sektor kebudayaan yang aktif dan berdaya maju untuk menyumbang kepada pendapatan negara dan meningkatkan kandungan tempatan.

Apa yang mencuri tumpuan ialah festival tersebut turut menawarkan peluang yang sempurna untuk meneroka peluang pelaburan dalam sektor filem dan industri yang berkaitan serta sektor kebudayaan dan sektor berkaitan budaya yang lain di Arab Saudi.

Ketua Pegawai Strategi dan Pembangunan Perniagaan CDF, Najla AlNomair berkata, peranan dana tersebut memperkukuh kelestarian sektor kebudayaan Arab Saudi.

“Dana ini memanfaatkan kehadirannya di festival ini untuk membina kerjasama yang kukuh dengan tokoh kebudayaan dan penggerak industri terkemuka serta memulakan program dan inisiatif yang direka untuk membantu bakat kreatif.

“Salah satu daripada program ini, iaitu Program Pembiayaan Sektor Filem, berjaya mengumpulkan SAR879 juta untuk menyokong para pembuat filem tempatan dan merupakan komponen utama dalam strategi CDF untuk membangunkan industri filem tempatan. Kami berbangga dapat menyokong bakat kreatif tempatan kerana mereka berkongsi minat, kisah dan karya kreatif mereka dengan para pembuat filem terkemuka di dunia dan membentangkan kisah-kisah yang memberi inspirasi dan mempesonakan,” katanya yang dipetik daripada sumber PR Newswire.

Dana Pembangunan Kebudayaan menawarkan pelaburan dalam sektor filem di Arab Saudi. (Foto: Cultural Development Fund)

Difahamkan, Pavilion CDF di Red Sea Souk merupakan sebuah pasaran filem yang beroperasi bersama-sama dengan festival awam, menganjurkan satu siri perbincangan dan dialog dengan peserta di sepanjang festival yang menyerlahkan peranannya dalam memperkasakan industri filem Arab Saudi. Peserta juga berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang produk dan program CDF yang boleh dimanfaatkan oleh pekerja sektor budaya untuk projek, kerja dan idea pelaburan mereka.

Festival Filem Laut Merah Antarabangsa membuka peluang kepada individu dan syarikat swasta yang beroperasi dalam industri filem Arab Saudi serta syarikat-syarikat antarabangsa dan organisasi bukan berasaskan keuntungan untuk bertemu dan melibatkan diri dengan pembikin filem terkemuka di dunia.

Acara tersebut menyediakan sebuah platform yang unik untuk membincangkan kemungkinan projek bersama yang dapat membina reputasi dan portfolio industri filem tempatan Arab Saudi yang semakin berkembang, menyumbang kepada pertumbuhan sektor kebudayaan sebagai komponen ekonomi negara yang tidak melibatkan petroleum serta meningkatkan usaha Arab Saudi untuk menjadi salah satu ekonomi terbesar di dunia yang paling pesat berkembang dan begitu pelbagai.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *