ERA raikan pendengar menerusi Konsert 1 Juta YouTube ERA
1 min read
Radio ERA menganjurkan Konsert 1 Juta YouTube ERA sempena meraikan 1 Juta pengikut di platform YouTube.
Peminat dan pendengar berpeluang menyaksikan persembahan menarik daripada penyanyi-penyanyi kegemaran mereka yang mengambil bahagian dalam konsert ini terdiri daripada Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Dolla, Azzam Sham, Iman Troye, Sarah Suhairi, Shiha Zikir, Yonnyboii, Asyraf Nasir, Zyn Akal dan The Locos, kumpulan yang juga merupakan penata muzik dan persembahan untuk konsert kali ini.

Jenama ERA juga merupakan radio tempatan pertama yang berjaya memperoleh 1 juta pengikut di YouTube. Konsert ini boleh distrim secara langsung pada 25 Oktober ini, jam 9 malam di YouTube dan Facebook Live ERA.

- Kafebuzz.my

