02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Ella turun ke jalan sokong Palestin

1 min read

Situasi di Gaza ketika ini semakin parah apabila masyarakat di sana terus menjadi mangsa pembunuhan kejam rejim Zionis yang tiada perikemanusiaan.

Meskipun masyarakat dunia hanya mampu berdoa dan terus memboikot produk yang menyokong negara penjenayah perang itu, usaha menyokong Palestin tidak seharusnya terhenti.

Justeru, penyanyi rock terkenal, Ella turut mengambil kesempatan turun ke jalan raya bersama-sama masyarakat di negara ini menyatakan solidariti terhadap nasib masyarakat Palestin.

“Sedih atas kekejaman yang melanda dan tiadalah daya umat manusia. Yang tinggal hanyalah runtuhan konkrit dengan manusia yang tertimpa di bawahnya,” katanya menerusi status di Instagramnya, @ellaaminuddins.

Ella bersama suami turut serta dalam satu perhimpunan solidariti Palestin semalam.

Ella yang ditemani suaminya, Azhar Ghazali kelihatan memakai baju dan tudung berwarna putih dan seluar hitam bersama skarf atau lebih popular dikenali sebagai keffiyeh dan berkaca mata hitam serta memegang bendera Palestin.

Penyanyi lagu popular Sembilu dan Rama-Rama itu juga menyeru peminat dan orang ramai agar bersama-sama menyatakan perasaan simpati dan berdoa demi masyarakat Palestin.

“Ayuh sama simpati dan bisikkanlah doamu,” katanya.

Ella bersama suami menyatakan sokongan terhadap Palestin.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *