02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Ejen Ali the Movie 2 cetus gelombang sensasi

1 min read

Watak Animasi kegemaran ramai, Ejen Ali sekali lagi mencipta fenomena.

Video teaser rasmi untuk Ejen Ali the Movie 2, berdurasi satu minit di lancarkan buat pertama kali ketika Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 baru-baru ini mencetuskan gelombang sensasi di platform media sosial.

Menurut satu kenyataan media Primeworks Studios, berdasarkan data terkini, Ejen Ali mencatatkan 6.06 ribu sebutan dengan data capaian jumlah keseluruhan yang menakjubkan, iaitu mencecah 78.6 juta.

“Video teaser rasmi ini juga ditonton 260,000 tontonan dan hampir 100 peratus (99.7 peratus) meletakkan tanda suka di YouTube sekaligus menjadikan ianya topik perbualan hangat di media sosial dengan netizen giat mencipta teori dan andaian masing-masing, menambah keterujaan terhadap filem yang dijangka meletup di pawagam pada tahun 2025,” katanya.

Pencapaian ini membuktikan Ejen Ali masih mengukuhkan kedudukkannya sebagai filem animasi nombor 1 di Malaysia. Video teaser rasmi ini boleh ditonton di YouTube, Ejen Ali.

Ejen Ali the Movie 2 akan menemui peminat di pawagam pada tahun 2025.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *