02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Dua pelitup muka lebih berkesan, berniqab juga wajib pakai

1 min read

Guna dua pelitup muka lebih selamat cegah COVID-19.

Perkara tersebut diakui Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media bersama Menteri Kanan Pertahanan, semalam.

Jelasnya, menggunakan dua pelitup muka dapat melindungi individu tersebut daripada risiko terdedah dengan pandemik berbahaya itu.

“Ia lebih berkesan menapis 95 peratus virus terutama di tempat awam berisiko tinggi seperti di hospital. ‘Double face mask’ digalakkan tapi bukan diwajibkan,” katanya pada sidang media secara langsung itu.

Beliau memberi saranan tersebut memandangkan virus turut merebak melalui udara yang boleh menjangkiti sesiapa saja.

Sementara itu, beliau juga menegaskan penggunaan pelitup muka pada semua individu adalah wajib termasuk perempuan yang berniqab.

Kelmarin, media sosial kecoh apabila netizen mempersoal seorang selebriti popular yang berniqab hadir pada perbicaraan di mahkamah yang didakwa kelihatan tanpa menggunakan pelitup muka.

Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), individu yang gagal mematuhi peraturan memakai pelitup muka boleh didenda sebanyak RM1,000.

  • Kafebuzz.my
  • Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *