“Cucur Dato CT memang terbaek, saya makan tu sampai menyanyi lagu PERCAYALAAHHHH,” – Azizulhasni
1 min read
Pelumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang mengakui Datuk Seri Siti Nurhaliza pandai masak.
“Saya baru tahu, Dato CT ni bukan hebat menyanyi je, memasak pun boleh tahan juga. Banyak hidangan yang disediakan sendiri oleh Dato CT dan semuanya sedap-sedap belaka tetapi cucur Dato CT memang terbaek, saya makan tu sampai menyanyi lagu PERCAYALAAHHHH,” katanya dalam status terkini di Instagramnya, hari ini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini turut berkongsi cerita pasangan penyanyi popular itu merupakan peminat tegar sukan berbasikal.
“Mereka berdua ni memang sangat aktif berkayuh dan siap masuk perlumbaan lagi, jangan tak tahu. Tapi saya sangat terkasima melihat koleksi-koleksi basikal mereka.
“Paling saya terpaku adalah koleksi basikal antik yang memang susah nak dapat. Masa berada di galeri tu, saya tengok satu persatu secara terperinci dan seolah-olah ada alunan mozart mengiringi saya. Kagum,” katanya.

Dalam kunjungan Azizulhasni ke rumah Siti yang ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bersama anak mereka, Aafiyah, beliau juga berkongsi beberapa foto dari galeri basikal milik pasangan penyanyi tersebut.
- Kafebuzz.my

