“Cakap terus terang, rasa seronok sangat…” – Kak Ogy kongsi pengalaman suntikan vaksin COVID-19, syor orang ramai dapatkan vaksin
1 min read
Tidak dinafikan ada takut jarum.
Ada juga beranggapan suntikan vaksin untuk mencegah pandemik COVID-19 boleh mengundang risiko pada sistem imun badan hingga menyebabkan maut. Bagaimanapun, bagi mereka yang anti vaksin atau penakut, ada baiknya tonton video aktres terkenal, Fauziah Dato’ Ahmad Daud atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ogy.
Dalam satu status di media sosialnya hari ini, beliau memuat naik satu video ketika hadir mendapatkan vaksin COVID-19. Tampil bergaya dan bersemangat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Axiata Arena, Kuala Lumpur, Ogy kelihatan begitu ceria mendapatkan suntikan vaksin dos pertama.
“Cakap terus terang, rasa seronok sangat, betul… macam fun.. fun.. fun gitu. Kita jalan jauh-jauh… tapi oh berdebar-debar hatinya,” katanya menerusi Instagram, @kak_ogy.
Ujarnya, beliau mengesyorkan pada individu yang belum mendapatkan suntikan vaksin agar mengambil peluang sama. Sebagai selebriti yang mempunyai ramai peminat, beliau memberi contoh artis juga perlu mendapatkan vaksin dan mengakui diri sendiri mahu mendapatkan suntikan tersebut.
Bagaimanapun, beliau menghormati individu yang membuat keputusan tidak mahu mengambil suntikan vaksin.
“Pengalaman saya kat sini sangat fun, fun, fun macam lagu Cyndi Lauper ‘Girls Just Want To Have Fun’,” sambungnya.
Beliau turut mengambil gambar kenangan di ‘photo booth’ selepas selesai mendapatkan suntikan vaksin. Dalam satu lagi status, beliau menyatakan perasaan amat teruja dan kemudian berasa lapar.
- Kafebuzz.my

