03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

BoBoiBoy kembali dalam BoBoiBoy Galaxy Windara

2 min read

Siri animasi popular BoBoiBoy kembali siri terbaharu BoBoiBoy Galaxy Windara.

BoBoiBoy yang memikat hati jutaan kanak-kanak dan keluarga di seluruh negara akan bersiaran semula di TV9 bermula 2 Jun ini. Kartun kegemaran ramai ini sudah beraksi selama 12 tahun dan mencipta fenomena bersama peminat tersendiri daripada pelbagai generasi.

Tayangan siri terbaru ini dijangka meningkatkan rasa keterujaan penonton dengan jalan cerita yang menarik, selain peningkatan kualiti animasi dan efek visual yang lebih mengagumkan.

Dihasilkan oleh MONSTA, BoBoiBoy Galaxy Windara membawa penonton menyertai pengembaraan BoBoiBoy yang menghadapi dilema apabila Kuputeri iaitu pemegang asal kuasa Elemen Tempest tiba di bumi untuk menuntut semula kuasanya dan menyelamatkan rakyatnya.

Demi memujuk BoBoiBoy, Kuputeri menjemputnya ke Planet Windara, dimana dia dapat menyaksikan sendiri penderitaan rakyatnya yang telah lama bertahan di bawah naungan Maharaja Reramos yang jahat.

Sempena dengan pelancaran siri terbaharu ini, BoBoiBoy Galaxy Windara mengumumkan pelancaran peraduan Tonton dan Menang yang bakal memberikan peluang kepada penonton setia untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Peraduan ini akan berlangsung bermula dari 2 Jun 2024 hingga 7 Julai 2024. Peraduan Tonton dan Menang bertujuan untuk menghargai sokongan padu daripada peminat siri BoBoiBoy. 

Bagi mereka yang berminat menyertai peraduan ini hanya perlu menonton setiap episod  BoBoiBoy Galaxy Windara, dan meneka watak yang muncul di kaca televisyen sewaktu tayangan tersebut.  Penonton dikehendaki mencipta dialog tersendiri dengan cara kreatif berdasarkan situasi yang diberi dan berpeluang memenangi pelbagai barangan eksklusif BoBoiBoy.

Penonton yang ingin mendapatkan info terkini tentang program-program TV9, boleh me ngikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial atau tonton menerusi myFreeview CH109, Astro CH149, unifi CH109, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *