Beraya bersama filem Melayu 90-an di Wayang Budiman
1 min read
Filem lama sentiasa mendapat tempat di hati peminat.
Filem tempatan Azizah The Legend, Wanita Bertudung Hitam, XX Ray dan Perempuan Melayu Terakhir antara koleksi filem Melayu yang masih diminati ramai.
Bagi peminat filem Melayu, ke semua filem tersebut dapat ditonton semula menerusi tayangan secara percuma yang diadakan di pusat komuniti filem Wayang Budiman, Alam Budiman, Shah Alam, Selangor pada hari ini (12 April 2025). Sesi tayangan bermula jam 11 pagi menerusi filem Azizah The Legend diikuti Wanita Bertudung Hitam (2 petang), XX Ray (5 petang) dan Perempuan Melayu Terakhir (9 malam).
Tayangan istimewa ini dianjurkan Wayang Budiman dengan kerjasama platform penstriman SIAR yang membawakan Tayangan Gambar Melayu Era 90-an bersempena rumah terbuka Aidilifitri yang berlangsung sepanjang hari tersebut.
Apa yang menarik perhatian, tayangan ini diadakan secara percuma yang menjemput semua penggiat seni dan orang ramai untuk bersama-sama tonton dan beraya.
- Kafebuzz.my


