Belum Tayang, Peminat Bagi Hadiah Istimewa Buat Mawi
1 min read
Ada apa dengan poster filem?
Mungkin ramai produser tak ambil peduli aspek poster filem.
Asalkan ada, ala kadar, tangkap muat dan difikirkan menarik pada diri sendiri, sebenarnya poster juga jadi sebab penonton tak selera ke pawagam.
Sembang pasal poster filem rupanya penyanyi popular Mawi yang kini semakin berdebar menantikan tarikh tayangan filem sulungnya nanti cukup bertuah apabila ramai peminat bagi sokongan.
Terbaru, peminat menunjukkan sokongan mereka apabila menghasilkan poster filem tiada tajuk arahan Mawi itu.
Macam tak percaya peminat boleh tolong buat poster filem bukan satu tapi ada 13 poster!
Nampak gaya filem genre komedi Islamik ini menjadi naskhah ditunggu-tunggu ramai peminat yang tak sabar nak tengok di pawagam. Mungkin poster filem ini juga adalah hadiah istimewa buat Mawi sebelum tayangan.
Jom layan dulu 13 poster filem tak rasmi ini untuk ambil ‘feel’ aura Mawi.
– Kafebuzz.my














