Beli Mawi Dalam Lautan Manusia dapat autograf
2 min read
Peluang keemasan buat peminat Mawi.
Peminat dan orang ramai boleh membeli buku autobiografi Mawi Dalam Lautan Manusia di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Jualan buku Mawi tersebut diadakan bersempena penganjuran konsert Rhythm of Legends yang menampilkan penyanyi popular tanah air termasuk Mawi bersama-sama Datuk Hattan, Zamani Slam, Asmidar, Rojer Kajol dan kumpulan One Nation Emcee.

Konsert amal tersebut yang akan berlangsung jam 8.30 malam ini dibawakan syarikat pengurusan acara CS Excellent dengan kerjasama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Drug Free Malaysia (DFM).
Buku Mawi Dalam Lautan Manusia merupakan koleksi istimewa buat peminat menampilkan reka bentuk eksklusif dengan kualiti berwarna pada setiap muka surat dan paling mengujakan ialah kulit buku dengan kualiti Spot UV yang merupakan kualiti mahal dan bersifat eksklusif di mana gambar dan tulisan pada kulit buku tersebut timbul dan memberikan suatu kepuasan pada pembaca apabila memegangnya.

Buku setebal 76 muka surat ini yang turut dijual di pasaran menerusi platform Shopee dan kedai-kedai buku terpilih di seluruh negara sejak 14 Januari lalu dilancarkan secara rasmi oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik pada 26 Mac lalu. [Baca lagi: Dr Maszlee kenal Pakcik Penjual Kitab tilik Mawi jadi orang termasyhur]
Karya sulung Mawi sebagai penulis ini pernah menjelajah pelbagai destinasi dan pesta buku sebelum ini antaranya menerusi reruai Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) di program Eskpresi@FINAS pada 23 dan 24 Oktober lalu, Pesta Buku Merdeka di Sungei Wang, Kuala Lumpur (Ogos) dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) pada Jun lalu.

Menariknya, peminat dan orang ramai yang mengunjungi Dewan Plenary, KLCC kali ini berpeluang membeli buku Mawi Dalam Lautan Manusia terbitan Rabak-Lit bersama Kafebuzz Media pada harga diskaun sebanyak 10 peratus. Bukan itu saja, peminat dan orang ramai juga berpeluang mendapatkan autograf daripada Mawi sendiri yang turun padang menjualnya.

- Kafebuzz.my

