“Badan rasa macam berapi dan saya berasa sangat sejuk” – Zahida Rafik ceritakan pengalaman selepas disuntik vaksin COVID-19
1 min read
Setiap individu berdepan kesan berbeza.
Begitu juga kisahnya yang dilalui pelakon Zahidi Rafik yang menceritakan pengalamannya selepas menerima vaksin COVID-19 baru-baru ini.
Dia yang menerima dos pertama pada sebelah petang mengakui tindak balas vaksin pada dirinya mula berlaku pada awal pagi keesokkan harinya.
“Semua okay hingga jam 5 pagi, bermula detik badan rasa macam berapi dan saya rasa sangat sejuk dan badan semua sakit. Beberapa jam kemudian saya bangun dan ambil panadol.
“Selepas sejam badan berpeluh macam pergi gimnasium kemudian saya beritahu diri sendiri, ini tak boleh jadi, saya paksa diri bangun dan mandi dengan air sejuk.
“Jam 11.30 pagi saya rasa lebih baik, masih berpeluh tapi hanya 30 minit, kemudian suhu badan kembali normal. Syukur, saya rasa lebih baik sekarang,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Instagramnya, @zahidarafik baru-baru ini.
Dalam status sama, dia juga merakam video rupa jarum yang digunakan untuk pemberian vaksin COVID-19 padanya.
Pelakon filem popular Mami Jarum ini antara selebriti yang menerima vaksin COVID-19. Sehingga 5 Jun lalu, seramai 3.4 juta individu sudah menerima vaksin.
- Kafebuzz.my

