Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana, Simon Webbe dan Asyraf Nasir bergandingan menerusi ’We Live To Give’
2 min read
Universal Music Malaysia melancarkan ‘We Live To Give’ (‘Kita Hidup Untuk Memberi’) sebagai lagu memberi harapan dalam mengharungi kesukaran yang dihadapi rakyat Malaysia.
Kerjasama di antara The Giving Bank dan Universal Music Malaysia ini bertujuan memberi kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar sentiasa memberi harapan dan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan di negara ini. Penceritaan lagu ini membawa pesanan tulus mampu mendorong pendengar agar memupuk perasaan kasih sayang dan belas ihsan melalui amalan baik.

‘We Live To Give’ menampilkan artis tempatan seperti Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana juga menampilkan superstar global, Simon Webbe dan penyanyi yang meningkat naik Asyraf Nasir.
Bagi Athalia, Shalma dan Asyraf, mereka percaya bahawa lagu ini sarat dengan rasa cinta, hormat, harapan dan masa yang diterjemahkan kepada kecenderungan usaha mereka kepada golongan muda dan menyebarkan mesej penting ‘We Live To Give’.
Simon berpandangan maksud memberi melangkau nilai wang diberi selain mesej positif yang mengingatkan pendengar bagaimana membantu orang lain agar menaikkan semangat dan meringankan beban.
“Saya percaya pada kekuatan bersatu hati kerana kita dapat mempengaruhi lebih banyak kehidupan dan perubahan untuk masa depan yang lebih baik secara kolektif,” kata Diana Danielle pula.

The Giving Bank menjadi salah satu saluran terpercaya Universal Music Malaysia menterjemahkan objektif projek ini adalah mewujudkan mesej mengenai pentingnya memberi keselesaan dan sokongan untuk memperkuat daya ketahanan masyarakat.
“Sudah lama menjadi impian The Giving Bank untuk memiliki lagu yang sesuai bagi menggambarkan misi dan visi kami dalam membina hari esok yang lebih baik. Saya sudah dapat membayangkan ianya dinyanyikan di seluruh dunia ‘, kata Dr Janson, Pengasas & Presiden The Giving Bank.
Dalam memperluas mesej ‘We Live to Give’, dengan sokongan dari Astro Radio menerusi dua stesen radio bahasa Inggeris tempatan, HITZ FM dan MIX FM akan mengetengahkan ‘We Live To Give’ sebagai lagu rasmi kepada kempen amal seterusnya di kedua-dua stesen tersebut.
’We Live To Give’ kini boleh didapati di https://UMM.lnk.to/WeLiveToGiveSR

- Kafebuzz.my

