03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Astro Radio lancar Kami Care Helpline bantu rakyat Malaysia

1 min read

Astro Radio melancarkan Kami Care Helpline untuk rakyat Malaysia yang terjejas.

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi talian WhatsApp dari kesemua jenama Astro Radio. Pemohon berpeluang menerima barangan keperluan harian seperti beras, gula, garam, tepung, biskut, teh, makanan dalam tin dan mi segera, semasa situasi yang mencabar ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, Kenny Ong berkata Kami Care Helpline diharap dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia agar mendapat barangan keperluan harian mereka ketika waktu sukar ini.

“Kami berusaha untuk meningkatkan sokongan bantuan dan jangkauan kami kepada mereka yang memerlukan menerusi kempen ‘Kami Care’ dan berkongsi lebih maklumat pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Jelasnya, semua rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh membuat permohonan menerusi WhatsApp pada bila-bila masa, setiap hari melalui talian Kami Care Helpline di bawah. Pendengar juga boleh menghantar permohonan bagi pihak orang lain yang memerlukan bantuan.

Permohonan Kami Care Helpline perlu disertakan nama penerima, nombor telefon, alamat rumah, dan maklumat ringkas mengapa mereka memerlukan bantuan ini. Mereka yang layak akan dimaklumkan secara langsung dan penghantarkan barangan keperluan dijalankan setiap hari.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *