Astro Radio bersama Lotus’s Malaysia perluas KamiCare Helpline
2 min read
Astro Radio dengan kerjasama Lotus’s Malaysia memperluas KamiCare Helpline untuk menyediakan keperluan harian seperti beras, minyak masak, susu tepung, makanan kering, makanan dalam tin, minuman, biskut dan lampin pakai buang kepada rakyat Malaysia yang memerlukan buat masa ini hingga 8 Ogos 2021.
Rakyat Malaysia juga boleh menyumbang kepada inisiatif KamiCare Kita Jaga Kita bersama Lotus’s Malaysia dengan membeli barangan keperluan harian dari mana-mana pasar raya Lotus’s Malaysia di seluruh negara, dan boleh disumbangkan di Charity Food Bins, yang disediakan di semua cawangan Lotus’s Malaysia. Sumbangan ini akan diedarkan oleh Lotus’s Malaysia, Food Aid Foundation, Kechara Soup Kitchen dan Lost Food Project untuk keluarga yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, Kenny Ong berkata, “Kami menerima sambutan luar biasa melalui fasa pertama KamiCare Helpline dan kini kempen ini diperluaskan untuk menerima sumbangan dari semua rakyat Malaysia. Melalui inisiatif KamiCare Kita Jaga Kita bersama Lotus’s Malaysia, kami berharap dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan. “
Sebagai alternatif, rakyat Malaysia juga boleh memilih untuk menyumbang melalui dua pilihan ‘Kotak Prihatin’, iaitu kotak yang mengandungi barangan keperluan seperti beras, tepung, gula, garam, minyak masak, makanan dalam tin, mi segera, biskut dan topeng muka pakai buang.
Rakyat Malaysia boleh memilih untuk menyumbangkan kotak yang mengandungi 12 barangan keperluan pada harga RM50, atau kotak yang mengandungi 22 barangan keperluan pada harga RM100. Pesanan untuk ‘Kotak Prihatin’ boleh dibuat melalui talian WhatsApp di +6010 405 1513.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi jenama-jenama Astro Radio: HITZ, MIX, LITE, ERA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, MY, MELODY, GOXUAN, dan RAAGA.
- Kafebuzz.my

