02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

“Apa askar Amerika tu buat di Kelantan? Main dikir Barat ke askar Amerika tu ramai-ramai? Natey mu natey bewok”- peminat filem Melayu tegur poster filem sejarah

2 min read

“Gambar ni sekali pandang tengok macam cantik. Tapi kalau kita peka, ada sesuatu yang tidak kena. Jadi apa yang tak kena dengan gambar ni sebenarnya? Siapa tahu?,” tegur seorang peminat filem terhadap poster filem terbaharu, Tok Janggut.

Menurut Hafiz Ostmann, poster tersebut dianggap gagal daripada sudut sejarah dan perincian persenjataan.

“Perhatikan sebelah kanan, ada tentera yang memegang senjata api tersebut. Di mata kebanyakan orang awam itu cantik. Gempak. Hebat. Di sini bukan soal cantik tak cantik.

“Di sini soal ketepatan maklumat yang disampaikan. Gambar tersebut ialah anggota tentera Amerika dengan seragam Perang Dunia Kedua berdasarkan bentuk topinya.

“Senjata yang digunakan adalah jenis submesingan Thompson, kaliber 45 ACP yang digunakan secara meluas pada Perang Dunia Kedua khususnya bagi kempen Amerika menentang Jepun di Pasifik, Iwo Jima contohnya. Senjata dengan nama timangannya Tommy Gun ini juga digunakan oleh penjenayah terkenal Al Capone,” ujarnya menerusi status di Facebooknya, baru-baru ini.

Jelasnya, mengikut kronologi Perang Dunia Kedua berlaku pada tahun 1939 hingga 1945 dan penentangan Tok Janggut terhadap British ialah pada tahun 1915 di dalam julat Perang Dunia Pertama, antara tahun 1914 hingga 1918.

“Jadi apa kena mengena senjata buatan Amerika yang datang dari masa depan digunakan untuk menentang Tok Janggut di Kelantan pada 1915? Ada mesin masa? Ada Bon Odori? Opps silap, ada Doraemon? Tak ke pelik?

“Apa askar Amerika tu buat di Kelantan? Main dikir Barat ke askar Amerika tu ramai-ramai? Natey mu natey bewok. Demo lo ni tok serupo mulo,” katanya.

Tambahnya, senjata milik British yang digunakan semasa pemberontakan Tok Janggut merupakan jenis raifal varian awal Lee-Enfield, buatan British, jenis bolt-action, kaliber peluru.

“Bagi saya ini kerja asal boleh atau juga asal dan. Di mata orang yang tak tahu, oh bagus bagus. Ini jauh menyimpang dan amat tidak betul.

“Dah kalau benda yang saya katakan ini salah, tak boleh diterima, maka ada baiknya lajakkan saja terus supaya Tok Janggut bersenjata AK-47 lawan British. Lagi berdentum. Lepas tu Tok Janggut guna kereta kebal T-72 lawan British. Kalau nak buat benda asal bolehlah. Apa macam?,” katanya.

Hafiz mengambil contoh filem sejarah Bukit Kepong arahan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.

“Bagi saya ketelitian Jins Shamsudin menghasilkan naskah sebaik Bukit Kepong harus dijadikan contoh. Lihat senjata-senjata yang digunakan. Ada raifal Lee Enfield, ada Jungle Carbine, ada Bren Gun, ada Sten Gun. Bahkan ada revolver dan keris. Amat halus lagi teliti kerja Jins Shamsudin.

“Tak sama kerja orang yang teliti dengan copy paste. Jangan tipu penonton. Bukan semua penonton boleh ditipu,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *