Anugerah Drama Sangat ditangguh sebab banjir
1 min read
Acara Anugerah Drama Sangat 2021 yang disiarkan secara langsung di TV3 malam tadi terpaksa ditangguhkan kerana banjir.
Dalam satu status penganjur kepada pihak media, pihak pengurusan Media Prima memohon maaf di atas penangguhan acara anugerah tersebut.
Penangguhan ini disebabkan oleh bencana banjir yang melanda World Trade Centre Kuala Lumpur iaitu tempat acara anugerah ini berlangsung. Sejak awal pagi semalam hingga awal pagi ini, Lembah Klang masih dilanda hujan lebat yang menyebabkan banyak kawasan dinaiki air sehingga berlaku banjir.
Acara Anugerah Drama Sangat 2021 julung kali diadakan ini bertujuan meraikan tenaga kerja industri hiburan tempatan, sebanyak 13 kategori dipertandingkan.
Bagi penyampaian anugerah lima kategori lagi iaitu Anugerah Drama Popular, Anugerah Pesona Bintang, Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Drama Terbaik dan Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik Drama akan diumumkan dalam program Melodi secara langsung jam 12.30 tengahari ini (19 Disember 2021).
- Kafebuzz.my

