02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

“Aku dah penat. Kami dah penat. Setahun lebih kami ikut peraturan” – Altimet

2 min read

Impak COVID-19 sangat terkesan pada sesiapa saja.

Tidak terkecuali, penggiat seni yang turut hilang punca pendapatan sama ada persembahan pentas, lakonan mahupun kerja belakang tabir.

Bagi penyanyi popular, Altimet berkongsi perasaannya terhadap pandemik berbahaya ini yang menyebabkan dia juga terkesan hingga mengalami kerugian dalam bisnes.

“Aku dah penat. Kami dah penat. Setahun lebih kami ikut peraturan. Kehendak peribadi letak tepi, utk kebaikan semua, jadi negara kita ni pulih balik, kalahkan pandemik ni. Aku penat nak bgtau kat anak aku pasal virus ni, musuh yg tak dpt dilihat ni. Aku penat nak jelaskan kat dia kenapa dia tak dpt main dgn sedara dia, kawan kawan dia. Aku kesiankan anak2 aku sbb perkembangan sosial & persahabatan diorang terbantut akibat tak pegi sekolah.

“Aku dah penat tanggung kerugian bisnes aku. Aku tak sanggup tutup sebab berapa ramai kawan2 aku kena lepaskan jadi penganggur. Aku dah penat beli barang niagaan kawan kawan industri hiburan, yg terpaksa berniaga sbb takde job.

“Aku harap, orang atasan tahu yg aku ni kepenatan. Aku harap orang atasan tau, bukan Aku sorang yg kepenatan, tapi kami tetap ikut saranan & SOP yang ditetapkan. Walaupun kami penat. #KitaJagaKita kan?,” katanya yang dikongsi menerusi status di Facebook akaunnya, semalam.

Apa yang diperkatakan penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Aku Kaya duet bersama Awi Rafael ini ada benarnya.

Perjuangan rakyat Malaysia menentang COVID-19 sejak lebih setahun lalu masih belum selesai. Hingga ke hari ini, ramai yang terkesan khusus mereka yang menjalankan bisnes termasuk dirinya.

Meskipun mengakui dia bersama semua rakyat Malaysia sudah penat berdepan situasi COVID-19 ketika ini, dia tetap patuh pada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *