03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Ahmad Fedtri selami isu obsesi dunia porno

2 min read

Kemurungan, kebimbangan, penderitaan rumah tangga, akhlak dan jenayah seksual antara masalah dihadapi masyarakat.

Bagi menyelami dan membincangkan pemasalahan ini lebih mendalam, satu program bual bicara terbaharu iaitu Aduan Jiwa dikendalikan pengacara berpengalaman iaitu Ahmad Fedtri Yahya.

Program yang merupakan idea asal dan konsep oleh Ahmad Fedtri ini memaparkan kisah-kisah benar yang diceritakan sendiri mangsa trauma dalam kes-kes tertentu. Ahmad Fedtri bertindak menyelami isi hati mangsa secara terus dan mendalam. Lakonan semula akan dipaparkan semasa penceritaan. Begitu juga, panel jemputan juga ditampilkan dalam setiap episod untuk memberi pandangan dan juga cadangan untuk mengatasi masalah mangsa.

Episod pertama akan bersiaran pada 2 Januari 2022 memaparkan topik ketagihan pornografi. Perkongsian dari seorang remaja yang ketagihan pornografi pada usia seawal 8 tahun. Obsesi terhadap dunia porno menjadikan remaja ini menemui jalan buntu dalam usaha untuk mengubah. Kecanduan kepada bahan terlarang sukar ditinggalkan kerana ia sudah sebati dengan jiwanya.

Episod seterusnya menampilkan dua kisah berbeza yang dibelenggu oleh perasaan rindu yang menebal. Kisah pertama merupakan seorang anak yang sangat rapat dengan arwah ayahnya sehingga pemergian insan tercinta itu meninggalkan perasaan terkilan lantaran dia tidak berkesempatan untuk berjumpa di kali terakhir. Kisah kedua pula menceritakan keadaan seorang ibu dihukum perasaan pilu dan rindu selepas anak kecilnya hilang di rumah dan masih tidak dapat dijejaki hingga kini. Dua dimensi rindu yang berbeza ini membawa kesengsaraan jiwa yang besar kepada kedua-dua mangsa ini.

Artis tanah air popular, Jaafar Onn turut berkongsi kisah hidupnya yang pernah merana kerana dendam dan dengki daripada orang rapat dengannya sehingga kesihatan terjejas teruk. Perkongsian kisah beliau dipaparkan dalam episod ketiga yang membawakan topik ‘bahana sihir’.

‘Muflis dan sifilis’ yang dipaparkan dalam episod keempat pula berkongsi kesengsaraan hidup seorang wanita yang diceraikan suaminya. Selama lapan tahun berkahwin, bekas suaminya jarang mendekatinya termasuk memberi nafkhah batin. Akhirnya, rahsia terbongkar apabila bekas suaminya ialah seorang homoseksual yang aktif ditiduri teman sejenis sehingga dijangkiti penyakit kelamin sehingga merosakkan organ dalamannya. Wanita ini juga difitnah dan dimanipulasi bekas suaminya yang bijak mengatur langkah untuk menutup kejahatannya.

Program terbaharu, Aduan Jiwa ini akan mula bersiaran pada 2 Januari 2022, setiap Ahad, jam 8.30 malam hingga 9 malam di TV9.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *