03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Ada produksi berdegil ‘shooting’ ketika PKP, FINAS ambil tindakan agresif

1 min read

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyerbu sebuah premis di Sunway Velocity Cheras pada 29 Jun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, dalam serbuan yang dikendalikan Unit Penguatkuasa, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS mendapati aktiviti penggambaran filem dijalankan di premis berkenaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa Pertama.

“Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas pihak berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244).

“FINAS ingin mengingatkan kepada semua syarikat produksi untuk terus mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membendung kes penularan pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sebuah lokasi penggambaran yang diserbu FINAS.

Jelasnya, FINAS juga menyatakan komitmen untuk bertindak lebih agresif dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan SOP PKP 3.0 ini serta mengalu-alukan sebarang aduan daripada masyarakat awam untuk melaporkan kepada FINAS sekiranya mendapati berlaku pelanggaran SOP melibatkan aktiviti penggambaran.

Sebarang aduan dan pertanyaan lanjut boleh berhubung menerusi talian 03-41041300 (Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan) dan emel di info@finas.my.

FINAS mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah produksi yang menjalankan penggambaran ketika PKP.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *