03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Kesudahan Miss Match di WeTV malam ini

2 min read

Kandungan original pertama WeTV Malaysia, Miss Match bakal berakhir malam ini.

Drama bersiri empat bahagian ini mengisahkan cinta tiga segi antara dua wanita yang bermusuhan sejak zaman sekolah menengah. Tiga episod disiarkan pada 25 dan 26 Februari serta 4 Mac lalu.

Diterbitkan oleh Imaginal Pictures di bawah arahan Tam Suhaimi, Miss Match dibintangi Kilafairy, Bella Dally, Mimi Lana dan Atiq Azman disajikan secara eksklusif di WeTV dan percuma untuk sesiapa sahaja yang menonton atas permintaan (on-demand) menerusi peranti mudah alih, aplikasi telefon pintar WeTV, mahupun di laman sesawang, httpsq://wetv.vip/en.

“Di WeTV, kami sentiasa mendukung visi untuk menyediakan filem serta rancangan bermututinggi kepada penonton tempatan kami. Selaku peneraju industri dalam dunia hiburan tempatan, kami percaya ianya tanggungjawab kami untuk memberi peluang kepada artis yang sedang mencipta nama bagi menonjolkan bakat mereka.

“Menggabungkan aspek-aspek ini, Miss Match adalah antara banyak kandungan WeTV Original yang disiarkan pada tahun ini. Kami memahami betapa pentingnya masa menikmati TV buat rakyat Malaysia, baik bersantai di sofa bersama keluarga atau rakan, mahupun bersendirian sambil menikmati secawan mi segera dan kami berada di sini untuk menghiburkan mereka,” kata Aik Kuang Heng selaku Pengurus Negara WeTV Malaysia.

Miss Match mengisahkan Melissa, hos program bual bicara bertajuk Berdua Bersatu sebagai ‘cupid’ yang membantu individu mencari pasangan hidup mereka. Ironinya, Melissa masih tidak berpasangan pada masa itu.

Namun, semua ini berubah apabila Melissa dijemput sebagai ahli jawatankuasa untuk pertemuan sekolah menengahnya, yang menemukannya dengan musuh lama, Adrea.

Melissa yang bersedia mencari teman hidup tidak sedar ‘angkara’ dua rakannya yang membawa Harris ke dalam hidupnya. Namun, siapa sangka Harris rupa-rupanya bekas kekasih Adrea, sekaligus mencetuskan permulaan satu konfrontasi yang mendebarkan.

Kilafairy yang menghidupkan watak Melissa dalam drama bersiri ini begitu teruja untuk menyaksikan jalan cerita kisah ini.

“Miss Match menceritakan bagaimana pengalaman masa lampau dapat menghantui seseorang, di samping meneroka aspek-aspek sensitif dan rumit di sebalik dinamik sosial.

“Walaupun mencipta nama sebagai wanita berjaya dan hos rancangan bual bicara tempatan yang terkemuka, protagonis Melissa masih tercari-cari pengesahan orang lain.

“Adrea telah menjadikan zaman sekolah menengah Melissa satu memori pahit dan oleh itu, jemputan ke pertemuan sekolahnya mencetuskan bara dalam dirinya. Saya amat seronok memainkan watak Melissa dan mempamerkan banyak aspek perwatakan dan keperibadiannya”.

Jangan lupa menyaksikan episod akhir Miss Match pada malam ini (5 Mac).

Nikmati rancangan ini secara percuma di https://wetv.vip/en dan ikuti di Facebook untuk maklumat lebih lanjut.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *