The Flash serentak di Malaysia dan Amerika Syarikat
2 min read
Adiwira terpantas di dunia, The Flash kembali dengan musim terbaharu bermula 3 Mac.
Menariknya, penonton di Malaysia berpeluang menonton drama bersiri adiwira kesayangan ramai ini di rumah pada hari sama ia disiarkan di Amerika Syarikat.
Episod terbaharu merupakan musim ketujuh disiarkan jam 9 malam secara ‘back-to-back’ dengan Superman & Lois, jam 9.50 malam.

Plot The Falsh mengisahkan watak utama, Barry Allen lakonan Grant Gustin seorang yang suka membantu orang lain menjalani kehidupan normal sebagai anggota polis. Kehidupan Allen berubah apabila makmal S.T.A.R. Labs Particle Accelerator meletup menyebabkan suatu pancaran cahaya terkena padanya yang mengubah dirinya menjadi manusia terpantas di dunia dikenali sebagai The Flash.
Berselindung di sebalik identiti adiwira tersebut, Allen juga mempunyai kelebihan melangkaui masa lampau dan hadapan.

Selepas insiden yang masih menemui noktah dalam musim terdahulu menyaksikan Mirror Master berjaya menguasai bandar, The Falsh perlu bergabung semula dalam usaha menyekat antagonis tersebut dan mencari jalan untuk mencari isterinya, Iris West-Allen (Candice Patton) yang hilang.
Dibantu pasukan The Falsh terdiri daripada adiwira Caitlin Snow (Danielle Panabaker), Cisco Ramon (Carlos Valdes) dan Nash Wells (Tom Cavanagh), juga bapa angkat The Flash, Joe West (Jesse l. Martin), dibantu Meta-Attorney Cecile Horton (Danielle Nicolet), wartawan Allegra Garcia (Kayla Compton) dan juru IT pintar, Chester P. Runk (Brandon McKnight), Flash bakal mengalahkan Mirror Master.

Dalam musim terbaharu ini juga, menyaksikan usaha menyelamatkan kuasa Allen dan Nash Wells mencari jalan untuk menyelamatkan The Flash dengan pelan berbahaya.
Sementara itu, Iris membuat kejutan dalam Mirrorverse manakala Cecile berdepan Rosa Dillon (Ashley Rickards).
The Flash disiarkan secara eksklusif pada setiap Rabu di Warner TV (Astro saluran 712 HD/UnifiTV saluran 451).





- Kafebuzz.my

