Raikan Ramadan Bersama ZAYAN
1 min read
Ramadan tahun ini pastinya berbeza.
Meskipun kita semua malah masyarakat seluruh dunia berdepan wabak COVID-19 tetapi ia bukan halangan untuk meraikan Ramadan kali ini dengan penuh makna.
Istimewa sempena Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, stesen radio Islamik ZAYAN menyediakan tiga program menarik untuk pendengar setia mereka.
ZAYAN Virtual Terawikh

Panduan solat terawikh bersama personaliti ZAYAN serta berselawat secara langsung di media sosial diiringi sesi tazkirah selepas waktu terawikh, bermula 24 April ini di media sosial ZAYAN.
ZAYAN Ngaji Ramadan

Tadarus Al Quran bersama personaliti ZAYAN, ustaz-ustaz dan selebriti jemputan akan dimuat naik di media sosial ZAYAN bermula 24 April ini.
ZAYAN Review Ramadan

Dalam program ketiga ini, personaliti ZAYAN memberi ulasan tentang resepi dan menu untuk berbuka puasa mahupun bersahur, setiap hari bermula 24 April melalui siaran udara dan di media sosial ZAYAN.
Jadi, sepanjang Ramadan ini jangan lepaskan peluang untuk bersama ZAYAN.
Malah, kali ini pendengar juga boleh menyaksikan aksi penyampai-penyampai Zayan seperti Mawi, Anas, Lin Ariffin dan Shamsul Q secara visual di Facebook dan YouTube ZAYAN.

- Kafebuzz.my

