Kisah Cinta Patung Wanita ‘Shopping Mall’ Tetap Menghiburkan
1 min read
Genre romantik komedi sentiasa mempunyai peminat tersendiri.
Kisah percintaan antara lelaki dengan wanita menjadi plot menarik untuk diterjemahkan ke layar perak. Namun, keunikkan cinta itu sendiri menjadi pertaruhan mencuri perhatian penonton.
Kisah cinta seorang lelaki terhadap patung wanita di pusat membeli belah pernah menjadi sebuah naskhah yang menghiburkan menerusi filem Mannequin.

Filem ini ditayangkan pada tahun 1987 mengisahkan seorang lelaki bekerja sebagai pembantu penghias tingkap di sebuah pusat membeli belah bertemu dengan patung wanita bernyawa.
Nyata, masa depan kerjaya lelaki itu berubah selepas kreativiti menghias ruang pameran tingkap pusat membeli belah tersebut berjaya menarik perhatian ramai pengunjung.
Ia memberi tanggapan gila terhadap lelaki itu pada mulanya yang begitu obses dengan patung wanita itu.

Namun, Tuhan menunaikan permintaan patung wanita itu yang bertukar menjadi manusia bernyawa.
Kisah cinta antara Jonathan Swicher lakonan Andrew McCarthy dengan Emmy (Kim Cattrall) menimbulkan rasa teruja pada penonton untuk menyaksikan perhubungan cinta ini berakhir dengan penamat yang menggembirakan.

Filem ini kembali ditayangkan menerusi saluran terbaharu Astro, Hits Movies (saluran 400) yang mempersembahkan pelbagai filem retro Hollywood.
Meskipun filem ini ditayangkan 33 tahun lalu, ia tetap menghiburkan untuk ditonton berulang kali.
- Kafebuzz.my

