Berita Baik Buat Peminat KRU!
1 min read
Suatu masa dulu, pakai jaket hujan nampak bergaya.
Lebih gempak sambil layan lagu Hanya Kau di walkman. Pastinya momen sedemikian mengembalikan nostalgia zaman bercinta di era 90-an.

Ia bukan kenangan biasa-biasa buat peminat KRU. Kemunculan album pertama kumpulan rap popular itu berjaya mencipta fenomena luar biasa pada peminat.
Trio – Norman (Dato’), Yusry dan Edry menjadi kegilaan ramai peminat. Selepas album Canggih, album seterusnya dinantikan peminat.

Zaman itu kaset menjadi koleksi istimewa. Malah, poster dan berita KRU di akhbar serta majalah juga jadi bahan koleksi peribadi.
Lebih nostalgia bila teringat momen tonton konsert mereka di Life Centre, Kuala Lumpur mahupun konsert Krumania di Stadium Indera Mulia Ipoh Perak sudah tentu memberi pengalaman manis sukar dilupakan.
Masuk abad baru 2020, sukar lagi nak beli kaset album KRU. Namun, jangan bimbang. Ada berita baik buat peminat KRU.

Album KRU dari zaman Canggih, ReKRUed, Awas, Awas Da’ Soundtrack, Ooh! La! La!, Krunomena hingga Gergasi KRU kini boleh dibeli menerusi online.
Meskipun KRU sudah dibubarkan tetapi lagu-lagu mereka tetap segar dalam ingatan peminat.

Bagi peminat yang ingin membeli album berkenaan boleh melayari laman sesawang, www.kru2u.com.

- Kafebuzz.my

