Dah ‘Last Day’, Jom Ke PWTC
1 min read
Hari ini merupakan hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Bagi ulat buku, acara sebegini menjadi peluang yang sukar dilepaskan untuk mendapatkan pelbagai koleksi bacaan terbaru.
Jangan bimbang sebab harga buku yang dijual berpatutan serendah RM5 dan pelbagai syarikat penerbitan mengambil bahagian.
Menariknya, bukan saja buku ilmiah, novel mahupun buku kanak-kanak yang dijual tapi buku terbaharu tulisan selebriti.
Antara yang mencuri tumpuan buku Pemberontak Filem tulisan pengarah filem tersohor, Nasir Jani.
Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari terakhir hari ini.
– Kafebuzz.my






