Cuba Ikan Patin Tempoyak, Sambal Hitam Resipi Sangdewi
1 min read
Sepanjang Ramadan pastinya ramai umat Islam mengambil peluang berbuka puasa di luar.
Di kesempatan ini, ramai juga peniaga menjual pelbagai juadah menarik untuk pengunjung. Bagi mereka yang rindu nak makan ikan patin masak tempoyak dan mahu mencuba sambal hitam apa kata singgah ke restoran Resipi Sangdewi yang terletak di Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur.
Pemilik restoran ini, Rozi Abdul Razak yang juga pengurus artis kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza menyatakan restoran ini sudah beroperasi sejak 12 tahun lalu.
Jadi, apa kata berbuka nanti anda datang sendiri merasai keenakkan aneka juadah yang dijual termasuk kuih-muih. Lebih baik buat tempahan dulu sebelum datang.
Restoran ini terletak di dalam bangunan CMC iaitu di tingkat bawah dan boleh dicari menerusi aplikasi Waze. Sepanjang Ramadan, ia beroperasi dari jam 4 petang hingga 9 malam ( Isnin sehingga Sabtu). Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 03-89589684, 0199452525 (Bob) dan 0149684715 (Halimah).
– Kafebuzz.my






