P Ramlee @ NU Sentral
1 min read
Ramai yang terhibur menonton filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Tidak kira usia dan zaman, karya beliau terus segar diminati ramai penonton.
Namun, penonton kebanyakkan hanya kenal P Ramlee menerusi filemnya tetapi jarang menyaksikan koleksi pakaian, kenderaan dan trofi anugerah yang pernah dimenanginya.
Peluang buat peminat, mereka boleh menyaksikan pelbagai koleksi eksklusif P Ramlee ini di Pameran Legenda P Ramlee yang kini berlangsung di pusat membeli belah NU Sentral, Kuala Lumpur.
Acara yang dianjurkan Arkib Negara Malaysia dan NU Sentral ini turut menyediakan tayangan filem-filem Seniman Agung ini secara percuma.
– Kafebuzz.my












