12/11/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Jenama ASICS kini dibuka di Sabah

3 min read

ASICS Malaysia secara rasmi membuka cawangan pertama di Sabah terletak di Imago Shopping Mall, KK Times Square, Kota Kinabalu, sekali gus membawakan rangkaian penuh produk ASICS daripada prestasi larian hingga gaya harian SportStyle yang lebih dekat kepada pembeli dan peminat sukan di sana.

Dalam satu kenyataan media hari ini menyebut pembukaan ini menandakan satu langkah penting dalam peluasan perniagaan ASICS Malaysia ke Sabah serta mengukuhkan aspek jualan runcit fizikal bagi jenama tersebut. Sehingga kini, kebanyakan rakyat Sabah terpaksa bergantung kepada pembelian dalam talian atau saluran runcit lain untuk mendapatkan kasut dan pakaian ASICS.

Peminat sukan dan pembeli kini boleh membeli barangan sukan ASICS di premis fizikal mereka. (Foto: ASICS Malaysia)

“Cawangan baharu ini merapatkan jurang tersebut dengan menyediakan ruang khusus untuk komuniti mencuba produk, mencari saiz yang paling sesuai dan menerima bimbingan secara bersemuka daripada kakitangan ASICS. Kedai berkeluasan 176 kaki persegi terletak di Lot 17 & 18, Aras 1 ini menawarkan kasut, pakaian dan aksesori ASICS untuk lelaki dan wanita dalam suasana mesra yang direka khas untuk pelari, peminat kecergasan, mahupun pemakai harian,” katanya.

Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib Soom Nik berkata, Sabah mempunyai komuniti pencinta sukan yang cergas dan bersemangat tinggi di mana pihaknya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripadanya.

“Cawangan baharu ini mencerminkan komitmen kami untuk memastikan produk ASICS mudah diakses oleh rakyat Malaysia di mana jua mereka berada, serta menyokong setiap individu untuk bergerak dengan penuh keyakinan dari segi minda dan fizikal. Kami amat teruja untuk berkembang maju bersama-sama komuniti di Sabah,” katanya.

Cawangan pertama ASICS Malaysia kini dibuka di Sabah terletak di Imago Shopping Mall, KK Times Square, Kota Kinabalu. (Foto: ASICS Malaysia)

Tambahnya, pembeli boleh menerokai koleksi terbaharu, RISE & SHINE. Diinspirasikan oleh perubahan rona matahari terbit dan rasa segar ketika berlari pada awal pagi, palet warna koleksi ini beralih daripada warna fajar yang lembut kepada cahaya siang yang menyerlah, sekali gus menzahirkan tenaga yang sama dalam setiap langkah. Koleksi ini membawakan pilihan warna bertemakan matahari terbit bagi kasut larian ASICS seperti NOVABLAST 6, GEL-NIMBUS 28, dan GEL-KAYANO 33, lengkap dengan pakaian yang sepadan.

Sejak pembukaan di Sabah, ASICS Malaysia turut membuka cawangan baharu di 118 Mall, destinasi beli-belah yang baru dilancarkan di kaki menara Merdeka 118, Kuala Lumpur. Terletak di Lot L2-27, Aras 2, cawangan ini telah dibuka pada 1 November lalu membawakan rangkaian produk ASICS kepada para pembeli di tengah-tengah ibu kota serta meluaskan lagi kehadiran runcit ASICS Malaysia di Kuala Lumpur dan Sabah.

Pembeli boleh menerokai koleksi terbaharu, RISE & SHINE. (Foto: ASICS Malaysia)

Kedua-dua cawangan baharu ini mencerminkan komitmen berterusan ASICS dalam menyokong gaya hidup aktif menerusi produk yang inovatif serta pengalaman komuniti yang bermakna, selaras dengan falsafah Sound Mind, Sound Body (Minda Sihat, Badan Sihat). Dengan penambahan ini, ASICS Malaysia kini mempunyai 16 cawangan di seluruh negara.

Sempena pembukaan ini, para pembeli di ASICS Imago Shopping Mall berpeluang menerima Bandana ASICS percuma dengan setiap pembelian kasut, manakala para pembeli di ASICS 118 Mall pula berpeluang menerima Beg ASICS percuma apabila berbelanja melebihi RM350. Kedua-dua tawaran ini sah sementara stok masih ada.

Tingkatkan perjalanan kecergasan anda dan sertai program keahlian OneASICS untuk menikmati pelbagai manfaat serta maklumat eksklusif. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ASICS serta koleksi kasut larian dan pakaian terkininya, boleh melayari laman sesawang rasmi ASICS Malaysia atau ikuti ASICS Malaysia di Facebook dan Instagram.

Pembeli di ASICS Imago Shopping Mall berpeluang menerima Bandana ASICS percuma dengan setiap pembelian kasut. (Foto: ASICS Malaysia)
ASICS Malaysia kini mempunyai 16 cawangan di seluruh negara. (Foto: ASICS Malaysia)
  • Kafebuzz.my


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *