Siapa pengerusi baharu FDAM?
1 min read
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 hari ini bagi memilih jawatankuasa baharu untuk penggal 2026 dan 2027.
Acara tersebut dijangka berlangsung di Pawagam Mini P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) jam 2 petang yang dihadiri ahli-ahli persatuan.
Selain sesi pemilihan ahli jawatankuasa yang baharu, mesyuarat ini juga membentangkan laporan aktiviti persatuan dan laporan kewangan beraudit sepanjang tahun 2025. Pada sesi yang sama, mesyuarat ini juga membuka ruang kepada ahli untuk membahaskan usul.
Ahli jawatankuasa ketika ini diketuai oleh Datuk Afdlin Shauki yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa yang menjalankan tugas selaku Pengerusi FDAM sejak dipilih pada penghujung tahun 2023.
- Kafebuzz.my



