01/07/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

FiTA, ASWARA cipta nama di Rusia, gabung elemen Minangkabau dalam karya klasik William Shakespeare

2 min read

Screenshot

Pementasan budaya tempatan ke pentas dunia pastinya memberikan pencapaian yang membanggakan buat tanah air tercinta.

Dua institusi kesenian unggul di Malaysia iaitu Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA berjaya mempersembahkan satu pementasan bertaraf antarabangsa yang menarik perhatian khalayak untuk mengenai elemen teater tradisional Minangkabau iaitu randai.

Persembahan bertenaga dibawakan oleh artis ASWARA dan FiTA.

Mereka bergabung tenaga dalam produksi teater Randai Macbeth yang dipentaskan sempena NAURUZ International Theatre Festival 2026 di Kazan, Rusia, baru-baru ini.

Pencapaian produksi ini cukup membanggakan negara apatah lagi mereka sebelum ini pernah mengungguli anugerah 20th. BOH Cameronian Arts Awards (20BCAA) dengan merangkul lapan anugerah termasuk anugerah utama yang menjadi rebutan setiap peserta.

Gabungan elemen Minangkabau memberikan tarikan kepada khalayak antarabangsa.

Pementasan teater ini mengetengahkan adaptasi unik karya klasik William Shakespeare iaitu Macbeth yang dipersembahkan melalui bentuk teater tradisional Minangkabau – randai. Gabungan warisan budaya nusantara dengan karya teater dunia ini berjaya membawa identiti seni tempatan ke pentas antarabangsa.

Tiga pensyarah FiTA yang menjadi teraju utama dalam produksi ini ialah Prof. Madya Dr. Norzizi Zulkifli selaku pengarah, Tuan Hj. Hamzah Tahir sebagai Sinografer, dan Nur Afifi Mohamed Taib sebagai pereka kostum.

Teater Randai Macbeth dipentaskan sempena NAURUZ International Theatre Festival 2026 di Kazan, Rusia, baru-baru ini.

Penglibatan mereka bukan sahaja membuktikan kepakaran tenaga akademik dalam bidang seni persembahan, malah memperkukuhkan kedudukan ASWARA dan UiTM sebagai institusi kesenian yang aktif menyumbang kepada pembangunan seni dan budaya di peringkat global.

Gabungan produksi ASWARA dan FiTA yang pernah memenangi anugerah 20th. BOH Cameronian Arts Awards (20BCAA) sekali lagi mencipta nama di pentas antarabangsa.
Barisan peserta dari ASWARA dan FiTA yang mewakili Malaysia ke Rusia.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *