24/05/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Tonton Face Me dan Parole Examiner Lee serentak di Korea

1 min read

Berita baik buat peminat tegar K-Drama.

Bagi November ini, penstriman Tonton membawakan dua drama sensasi yang mampu membuatkan penonton terpaku di depan skrin iaitu kisah dari dunia pembedahan plastik ke medan peperangan undang-undang.

Tonton menampilkan dua drama bersiri, Face Me dan Parole Examiner Lee merupakan karya yang menjanjikan aksi hebat dengan jalan cerita yang mendalam serta barisan pelakon yang mengagumkan, menjadikannya pilihan wajib untuk peminat genre jenayah. Disiarkan serentak di Korea, drama Face Me disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis jam 10 malam manakala Parole Examiner Lee pada setiap Isnin dan Selasa jam 9 malam.

Apa yang menarik, drama Face Me dan Parole Examiner Lee bukan hanya menawarkan plot yang menarik tetapi turut memaparkan keserasian pelakon yang memikat hati, menjadikan setiap episod sebuah perjalanan yang tidak boleh dilepaskan. Penuh dengan elemen misteri dan jenayah, drama-drama ini dijamin akan memberikan pengalaman tontonan dengan berbagai teka-teki, tanpa ada ruang untuk kebosanan.

Drama Parole Examiner Lee kini boleh disaksikan di Tonton.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *