Calar Cinta penuh liku dan kejutan
1 min read
Sebuah kisah tentang persahabatan dirobek keegoan melalui cinta tiga segi yang penuh liku dan kejutan.
Itu merupakan tarikan drama bersiri terbaharu slot Samarinda TV3 berjudul Calar Cinta. Drama bersiri sebanyak 15 episod ini menampilkan barisan pelakon muda yang meningkat naik seperti Nafiz Muaz, Harissa Adlynn, Qistina Khaled dan Sham Visa.
Calar Cinta mengisahkan Adrea lakonan Harissa, seorang gadis manja dan materialistik, yang dilimpahi kemewahan sehingga terjebak dalam permainan cintanya sendiri. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga kaya mempunyai keinginan selalu menang yang akhirnya terjebak dalam permainan cinta berisiko.
Akibat perasaan dendam dan rasa iri hati membuatkan dia melakukan segala cara untuk mendapatkan cinta Haris (Nafiz Muaz), walaupun terpaksa menyakiti hati rakan sendiri, iaitu Inara (Qistina Khaled). Cinta tiga segi antara Adrea, Haris dan Inara penuh dengan liku dan kejutan yang tidak diduga.

Drama arahan Azhar Khalid (Apache) manakala skrip ditulis oleh Amaz Mazilan merupakan terbitan produksi Million Pictures disiarkan di TV3 bermula 9 Oktober lalu pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3 dan penstriman episod baharu 24 jam lebih awal di platform Tonton.


- Kafebuzz.my


