02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Bella Astillah, Didi dan Muaz bergandingan menerusi Leha, Leya Lawa

1 min read

Nama Bella Astillah menjadi tumpuan ramai ketika ini.

Di sebalik kisah peribadinya berdepan isu skandal, Bella turut membawa berita baik buat peminatnya iaitu dia muncul dengan drama bersiri terbaharu berjudul Leha, Leya Lawa.

Bella diberi kepercayaan membawa watak utama sebagai Leha.

Plot mengisahkan Leha lakonan Bella yang merupakan seorang gadis berusia 30-an berpendirian teguh, berdikari dan kuat dalam meneruskan legasi bisnes arwah ibunya, butik pengantin di kampung. Leha sentiasa menitikberatkan sudut positif dalam setiap ujian yang melandanya tetapi pelbagai rintangan ditempuhi.

Drama bersiri 15 episod terbitan Million Pictures Sdn Bhd buat pertama kali menggandingkan adik-beradik iaitu Bella bersama adiknya, Didi Astillah. Ia adalah cetusan idea asal pengarah, Azhar Khalid dan Hana Hussain sebagai penerbit. Pelbagai mesej yang ingin disampaikan menerusi drama ini, antaranya adalah unsur-unsur kekeluargaan, persahabatan dan percintaan. 

Antara babak menarik dalam drama bersiri, Leha, Leya Lawa.

Selain Bella, drama ini menggandingkan pelakon-pelakon berpengalaman termasuk Didi Astillah, Muaz Zabir, Ezaidi Aziz, Hazeeq Dean, Ropie, Amyza Aznan, Fathil Dani dan Carissa Azhar. 

Drama terbaharu Leha, Leya Lawa akan mula disiarkan esok (29 April 2024) secara eksklusif di saluran Tonton. Strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Drama Leha, Leya Lawa disiarkan secara eksklusif menerusi platform Tonton.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *