03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

CODA karya jejak kasih MOJO, catatan terakhir untuk peminat

2 min read

Pelancaran empat lagu bersama video muzik dalam tempoh setahun adalah sesuatu pencapaian luar biasa bagi kumpulan popular, MOJO.

Sejak penggabungan semula setahun yang lalu, MOJO mencipta sejarah dengan melancarkan empat single dan video muzik menerusi pengeluaran EP terbaru mereka berjudul CODA.

Kemunculan MOJO menerusi lagu comeback berjudul Superstar berjaya mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja di Malaysia tetapi negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia serta United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Aweera

Menerusi lagu Korbankan Kita, MOJO yang terkenal dengan power ballad sekali lagi membuktikan kehebatan mereka menguasai carta-carta radio dan televisyen sehingga berjaya layak ke peringkat separuh akhir, Muzik-Muzik.

CODA yang merupakan perkataan dalam bahasa Itali bermaksud penamat, menampilkan empat buah lagu. Dua lagu iaitu Superstar dan Korbankan Kita dilancarkan pada tahun lalu sementara video muzik Derhaka, single ketiga MOJO dilancarkan pada 2 Februari lalu.

Video muzik Takdirku yang merupakan lagu terakhir dan pelengkap album CODA dikeluarkan pada 19 Februari lalu. Lagu Takdirku meneruskan tradisi MOJO dengan acuan modern rock mereka dicipta secara bersama oleh Edry Abdul Halim dan Denny.

Edry

Memandangkan Edry menetap di Manchester, England, keempat-empat video muzik ini menjalankan penggambaran secara serentak pada bulan ini manakala penceritaan setiap video muzik dibuat di lokasi dan waktu berbeza.

Menurut Aweera, dia teruja dengan penyatuan semula anggota MOJO yang menampilkan barisan pemuzik asal bagi meneruskan legasi muzik rock tempatan.

“Alhamdulillah, akhirnya dapat kami kongsikan kisah-kisah realiti hidup kami menerusi lirik dan melodi dalam mini album CODA,” kata anak kelahiran Perlis ini.

Danny

Bagi Edry, keputusan untuk menampilkan CODA sebagai judul album amat bertepatan sebagai catatan terakhir untuk peminat.

“Saya bersyukur kerana lagu kami sentiasa dekat dihati mereka,” katanya.

Sementara itu, Denny pula menganggap album CODA umpama sebuah karya dari jejak kasih MOJO yang sempat terputus dan ada sejuta cerita di dalam perjalanan hidup dalam lirik dan lagu.

Johar pula menyifatkan EP CODA sangat sentimental buat dirinya kerana ia menggambarkan kepulangan mereka selepas berehat daripada rehat yang singkat.

“Banyak cinta, keringat dan semangat dicurahkan demi CODA. Semuanya diterjemahkan dalam satu naskah muzikal. Mari kita sama-sama menikmatinya,” katanya.

Johar

EP CODA dalam format CD sudah berada di pasaran dan boleh diperolehi menerusi laman sesawang, www.kru2u.com. Album CODA juga kini berada di ke semua platform penstriman digital manakala video muziknya boleh di tonton di saluran YouTube KRU Music dan MOJO.

Bagi maklumat lanjut mengenai MOJO, boleh melayari akaun YouTube, Instagram, Tik Tok, Facebook, Telegram dan Twitter iaitu MOJO.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *