Mawi Dalam Lautan Manusia singgah Port Fest 2023
1 min read
Berita baik buat peminat Mawi.
Buku autobiografi, Mawi Dalam Lautan Manusia kini singgah ke acara Port Fest 2023 yang berlangsung di Dataran Ipoh, Perak bermula hari ini dan esok.
Naskhah eksklusif terbitan Kafebuzz Media bersama Rabak-Lit ini boleh dibeli peminat di Ipoh dengan mengunjungi reruai Rabak-Lit yang turut mengambil bahagian.
Ini merupakan peluang keemasan pada peminat Mawi dan pengunjung Port Fest untuk membeli sendiri buku yang membawa kisah benar pengalaman hidup dilalui bekas juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Mawi.

Buku Mawi Dalam Lautan Manusia merupakan koleksi istimewa buat peminat dengan kualiti reka bentuk eksklusif dan berwarna pada setiap muka surat. Ia menjadi buku wajib dibeli dan berbaloi untuk dimiliki kerana kulit buku dengan kualiti Spot UV yang merupakan kualiti mahal dan bersifat eksklusif di mana gambar dan tulisan pada kulit buku tersebut timbul dan memberikan suatu kepuasan pada pembaca apabila memegangnya.

Acara Port Fest 2023 merupakan festival seni yang bukan saja menghimpunkan penerbit buku tetapi turut menampilkan persembahan artis popular, sesi demonstrasi lukisan grafiti, bengkel melukis, pameran motosikal dan kenderaan klasik dan reruai jualan seni kreatif.
Hanya dua hari, dapatkan buku Mawi Dalam Lautan Manusia selagi stok masih ada. Jangan menyesal jika buku habis dijual.




- Kafebuzz.my

