03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Raikan Hari Kebangsaan bersama Go Gemilang Sale Go Shop

2 min read

Pelanggan Go Shop berpeluang mendapat baucar diskaun sehingga RM66 melalui Go Gemilang Sale sehingga 30 September 2023.

Hanya menggunakan kod GGS6 untuk mendapatkan diskaun 6 peratus tanpa perbelanjaan minimum atau kod GGS66 untuk diskaun sebanyak RM66.

Lebih menarik, pelanggan dapat menikmati penghantaran percuma ke seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak mulai  8 Ogos hingga 30 September 2023. Pelbagai barangan dan peralatan boleh dihadiahkan kepada keluarga dan rakan pada Hari Kebangsaan ini daripada barangan elektronik dan peralatan dapur sehingga produk kecantikan & fesyen serta peralatan rumah.

Antara gajet terhangat yang ditawarkan ialah Samsung Galaxy Z Flip 4, TV LED Pintar 4K UHD 60 inchi, Penapis Udara UV Primada selain barangan keperluan rumah seperti Set Peralatan Makan Elegant Melamine Easiware dan Set Tuala Coral Velvet Muzy.

Tidak ketinggalan produk fesyen dan kecantikan antaranya Primer Muka Emas 24K Chriszen X Teyn Athirah, jam tangan gelang kristal Olevs Ellie dan Bundle Penjagaan Pemutihan Pelembap Chriszen. Bagi tujuan menjaga kesihatan lebih baik, pelanggan boleh membeli produk multivitamin dan mineral Vitahealth dan Sarang Burung FGWalet dengan buah Ara.

Go Shop menawarkan pelbagai barangan jualan menerusi Go Gemilang Sale.

Baucar diskaun 6 peratus ‘GGS6’ sah sehingga 21 Ogos 2023 dan baucar diskaun RM66 ‘GGS66’ sah untuk pesanan dengan minimum perbelanjaan RM550 sahaja (sehingga 30 September).

Bagi tempahan dalam Malaysia Timur, hanya pesanan dengan minimum perbelanjaan RM250 adalah sah untuk penghantaran percuma dengan kod GGSFREEDEL.

Di samping itu, pelanggan juga boleh mendapatkan tawaran terhangat dengan #MY6EST6UY Live Show pada setiap Selasa, Khamis dan Jumaat di Astro saluran 118 pada jam 11 ​​pagi atau saluran 303 pada jam 12 tengah malam.

Selain itu, program Demi Negaraku akan menunjukkan barangan dan bundle menarik yang boleh diperoleh sempena Hari Kebangsaan ini dalam masa terhad. Program ini bersiaran pada setiap hari di Astro saluran 100, jam 8 hingga 9 pagi dan akan berakhir pada 18 September 2023.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan Go Shop boleh melayari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan Apple App Store.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *