02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Cik PA Tuan Ash satukan Dini Schatzmann dan Janna Nick

2 min read

Suami isteri berlakon sama pasti lebih romantik.

Tanggapan tersebut menjadi realiti menerusi gandingan Dini Schatzmann dan Janna Nick dalam drama bersiri terbaharu berjudul Cik PA Tuan Ash.

Drama genre romantik dan komedi ini mengisahkan Tuan Ash lakonan Dini merupakan seorang yang berkerjaya dan hebat dalam urusan kerja. Biarpun bijak dalam menguruskan syarikat tetapi ia tidak mencerminkan kehebatannya dalam memilih calon isteri. Tuan Ash menghadapi kesukaran dalam mencari kekasih untuk dikahwininya. Sering diperli oleh rakan-rakan sebayanya, Tuan Ash bertekad untuk mencari cinta sejati sebelum berusia 31 tahun.

Dini dan Janna bergandingan menerusi drama bersiri terbaharu, Cik PA Tuan Ash. (Foto: TV3)

Akibat kerap gagal dalam usahanya untuk mengenali seseorang, Tuan Ash mengambil Husna (Janna) sebagai pembantu peribadinya. Husna bukan sahaja membantu Tuan Ash dalam urusan kerja, malah Husna juga berperanan membantunya mengenali wanita yang ingin dijadikan calon isteri. Setiap tindakan Tuan Ash ketika berurusan dengan calon kekasihnya dijalankan melalui nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Husna. 

Bagaimanapun, Tuan Ash ialah seorang bos yang sangat mementingkan kesempurnaan dan meletakkan kepercayaan penuh pada Husna tidak kira urusan rasmi atau peribadi. Oleh yang demikian, Husna terlalu sibuk dengan kerja sehingga langsung tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.   

Babak romantik antara Dini dan Janna sebagai pelakon utama. (Foto: TV3)

Konflik memuncak apabila Husna meletakkan jawatan sebelum Tuan Ash mencapai sasaran untuk berkahwin. Keputusan itu dilakukan oleh Husna kerana dia terlalu sibuk dengan urusan percintaan Tuan Ash sehingga dia pula menyisihkan kekasihnya, Sam (Alvin Chong).

Drama bersiri 20 episod ini merupakan terbitan Tanah Beris Film Production Sdn Bhd arahan Shuhaimi Lua dan nukilan skrip oleh Zyza Backy. Cik PA Tuan Ash turut dibarisi pelakon berpengalaman lain seperti Raja Azura, Jaafar Onn dan Syarafi Sudarmaji.

Janna melakokan watak Husna yang membantunya mencari calon isteri. (Foto: TV3)

Drama bersiri Cik PA Tuan Ash disiarkan menerusi slot Sakura mula bersiaran pada 20 Julai 2023, setiap Rabu dan Khamis jam 6 petang di TV3 dan strim eksklusif HD di www.tonton.com.my.

Gandingan mantap Janna dan Dini menerusi drama bersiri terbaharu, Cik PA Tuan Ash. (Foto: TV3)
Raja Azura turut membintangi drama bersiri Cik PA Tuan Ash. (Foto: TV3)
Drama bersiri Cik PA Tuan Ash mula disiarkan di slot Sakura setiap Rabu dan Khamis jam 6 petang. (Foto: TV3)
Peminat drama Melayu pastinya merindui lakonan aktor berpengalaman, Jaafar Onn. (Foto: TV3)
Dini sebagai Tuan Ash berusaha mencari jodoh untuk dijadikan sebagai isteri. (Foto: TV3)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *