10/06/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

PROFIMA gesa penggiat filem dan kreatif segera berubah, berani belajar dan terima perubahan dunia

2 min read

Kerja jadi mudah dan cepat.

Teknologi Artificial Intelligence (AI) atau Kecerdasan Buatan semakin diguna pakai hampir pelbagai industri untuk memberi kemudahan terutama dalam menyampaikan maklumat dan data yang tepat. Menurut laporan Forum Ekonomi Dunia, AI akan memberi kesan kepada 1.1 bilion pekerja di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Khalil Haji Saleh berkata, ledakan pelbagai teknologi AI kini banyak mengubah landskap kehidupan manusia sejagat.

“Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) membawa bersama AI yang banyak terkait dengan Internet of Things (IoT), robotik, pengkomputeran kuantum, blockchain dan data raya. Namun kebanyakan industri mengecapinya dan mudah memanfaatkan segala rangkuman data, informasi dan rumusan dari data raya ini bagi penambahbaikan dan kemajuan pada yang celik dan bersedia dari awal,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

SUKSES… Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof Dr Md Nasir (tengah) bersama Khalil (kanan) ketika merasmikan program Hari Kru Filem Malaysia anjura PROFIMA di Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini. (Foto: PROFIMA)

Menurutnya, industri perfileman dan dunia kreatif juga akan terkesan dan menerima impak besar ke atas pembangunan pelbagai pencarian maklumat AI yang mampu menyelesaikan beberapa masalah.

“Prosesnya lebih cepat, jimat, boleh diterima hasil capaian dan berkait rapat malahan sama dengan bidang kepakaran dalam dunia filem dan kreatif. Antara yang akan terkesan adalah sektor pembangunan skrip, penyediaan papan cerita, suara latar, lokasi pengambaran, sari kata, reka bentuk produksi dan beberapa bidang yang sangat berkait dengan data yang ada pada data raya (big data) seluruh Malaysia dan dunia.

“Justeru, saya menyeru semua penggiat filem dan kreatif negara segera berubah, berani belajar dan menerima perubahan dunia kerjaya ini khususnya bekaitan AI demi memudahkan kerja kreatif tanpa ada rasa terganggu dan disekat. Kreativiti dan sentuhan seni yang tidak dapat diukur dan dimiliki teknologi adalah idea, kepakaran dan pengalaman seseorang.

“Sepatutnya teknologi memudahkan dan membantu kita, bukan menghalang dan menyekat kita. Semua penggerak industri perfileman juga perlu memikirkan sesuatu berkaitan hal ini sama ada dari sudut pendidikan filem, pendedahan aliran teknologi dan segala yang berkaitan tanpa ragu dan lewat,” katanya.

Khalil mengesa penggiat filem dan kreatif tempatan belajar aspek teknologi AI. (Foto: PROFIMA)

Jelasnya, RPOFIMA akan mengadakan satu program khas mengenai perkara ini demi membuka mata semua penggiat filem Malaysia agar lebih memikirkan masa depan kerjaya mereka dan membincangkan informasi hal berkaitan.

“PROFIMA juga menyedari kewujudan AI seperti OpenAi Chat Gpt, NeevaAi, Bing Ai, YouChat, Andi, Siri, Google Search serta fungsi peranannya secara maklum. Kegusaran yang timbul adalah tahap kesediaan kepada para penggiat filem dan industri kreatif negara.  

“Semoga seluruh penggiat filem dan kandungan kreatif negara mengambil cakna atas kepesatan AI ini dan berharap kemajuan filem melalui sektor pekerja dapat ditingkatkan,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *