03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Tak payah pening pasal hujan, aplikasi Astro Fibre lebih cekap dan mudah

2 min read

Dulu bila hujan, pelanggan Astro bising.

Sekarang tidak lagi apabila Astro menawarkan aplikasi Astro Fibre serba baharu membolehkan pelanggan mengawal sepenuhnya, memantau dan melindungi rangkaian rumah mereka.

Menariknya, apabila digabungkan dengan Pek TV Astro yang direka khas, pelanggan akan dapat mengakses aplikasi penstriman popular termasuk Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, beIN SPORTS CONNECT dan BBC Player.

Bagaimanapun persoalan paling penting adalah memilih pelan jalur lebar. Banyak penyedia perkhidmatan internet (ISP) tetapi penyedia manakah yang boleh menawarkan kehebatan yang paling berbaloi dan lebih penjimatan, tetapi juga kemudahan dan pengalaman WiFi yang paling komprehensif.

Bagi penghala WiFi 6 terbaharu kali ini memastikan prestasi tertinggi, Astro Fibre menyediakan pelbagai pelan kelajuan daripada 50 Mbps pada harga hanya RM99/sebulan hingga 800 Mbps pada harga RM249/sebulan untuk pelanggan membuat pilihan gabungan hiburan pilihan sendiri.

Pelanggan Astro kini boleh bertukar kepada Astro Fibre.

Selain nilai dan kandungan yang hebat, inovasi terkini Astro Fibre mampu meningkatkan pengalaman WiFi di rumah dengan tiga ciri utama iaitu kawal akses kepada rangkaian WiFi, berkongsi WiFi dengan mudah dan mengesan masalah rangkaian.

Bagi ciri-ciri kawal akses kepada rangkaian WiFI, pelanggan dapat mengawal penggunaan setiap pengguna dengan menamatkan akses pada bila-bila masa atau menjadualkan akses internet setiap peranti atau ahli keluarga. Pelanggan tidak perlu risau jika anak-anak mereka skrol TikTok melepasi waktu tidur mereka atau berbual dengan rakan pada masa sepatutnya belajar untuk peperiksaan.

Begitu juga ciri-ciri berkongsi WiFi dengan mudah dan lancar dengan kod QR dalam aplikasi – hanya tunjukkannya dan selesai. Pelanggan mempunyai pilihan untuk berkongsi kata laluan WiFi melalui aplikasi lain seperti WhatsApp, Telegram atau Messenger. Selain kemudahan kod QR, ciri ini juga memastikan keselamatan rangkaian WiFi lebih baik.

Tambah menarik, aplikasi Astro Fibre ini memberikan maklumat tentang prestasi rangkaian seperti kelajuan sambungan, kekuatan rangkaian pada peranti yang disambungkan dan persediaan rangkaian WiFi semuanya ke dalam satu skrin. Ini bermakna pelanggan boleh menyemak prestasi Internet sendiri dengan mudah secara langsung untuk memastikan ia sentiasa konsisten, pantas dan stabil.

Tawaran menarik Astro Fibre buat pelanggan Astro.

Pelanggan boleh menambah Pek TV pada langganan Astro Fibre untuk pakej hiburan semua-dalam-satu pada rebat pakej eksklusif. Pek TV Astro terdiri daripada Pek Movies untuk semua filem kegemaran yang memenangi anugerah atau Pek Sports untuk semua kandungan sukan tempatan dan antarabangsa terbaik kepada Pek Platinum yang menawarkan pengalaman hiburan yang merangkumi semua dengan lebih daripada 135 saluran dan sehingga tujuh aplikasi penstriman percuma.

Pelanggan boleh melanggan Astro Fibre di www.astro.com.my/fibre atau mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi Astro Fibre di product.astro.com.my/astro-fibre/app.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *