Kumpul Setem Jalan-Jalan McD, peluang menang hadiah bernilai sehingga RM100,000
2 min read
Kehadiran MekDi dalam kehidupan rakyat Malaysia memang sukar dipisahkan.
MekDi iaitu nama panggilan popular kepada restoran makanan segera, McDonald’s sentiasa menjadi pilihan ramai masyarakat untuk mengisi perut.
Sesuai dengan cuti sekolah yang sudah bermula sejak semalam, McDonalds mengajak pelanggan mereka bercuti ke Semenanjung menerusi kempen Jalan-Jalan McD. Berlangsung selama sebulan sehingga 31 Disember 2022, pelanggan yang pergi bercuti ke lokasi perlancongan menarik seperti Melaka, Cameron Highlands atau ke Pantai Timur boleh singgah ke restoran McDonald’s berdekatan.
Pelancaran kempen diadakan di cawangan Titiwangsa kelmarin merupakan sebahagian daripada Karnival Pandu Lalu McDonald’s bertujuan mengalakkan rakyat Malaysia mencipta memori dalam perjalanan dan percutian hujung tahun kali ini.
Naib Presiden yang juga Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, tidak kira di mana lokasi percutian rakyat Malaysia sudah tentu mencari restoran McDonald’s terdekat.
“Apabila anda berada di bandar, menikmati sinaran matahari di pantai atau mengunjungi pekan dalam negara, anda akan tahu McDonald’s bersama anda, ke mana saja anda pergi.
“Memberi kemudahan dan jenama Pandu Lalu yang dipercayai, kami teruja membawakan pengalaman Jalan-Jalan McD buat rakyat Malaysia dengan mencipta memori indah besama orang tersayang tidak kira di mana mereka melancong dalam negara,” katanya.

Menerusi kempen ini, McDonald’s menggalak rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam Cabaran Percutian Jalan-Jalan McD menerusi 2,500 kilometer sambil singgah di 20 lokasi ikonik Pandu Lalu McDonald’s di seluruh negara.
Menariknya, pelanggan akan menerima pasport Jalan-Jalan McD apabila mereka membeli set istimewa Jalan-Jalan McD dengan pembelian minumum RM20 menerusi aplikasi McDonald’s ‘Pesan & Ambil’. Bagi setiap pembelian tersebut di mana-mana 20 lokasi Pandu Lalu McDonald’s, pelanggan akan menerima setem pada pasport. Seramai 10 pelanggan yang berjaya melengkapkan cabaran ini berpeluang menang hadiah bernilai sehingga RM100,000.

Selain aktiviti mengumpul setem McDonald’s di Pandu Lalu, McDonald’s juga menawarkan hadiah untuk pelanggan yang menghantar video percutian mereka dengan syarat mesti memasukkan 20 restoran McDonald’s Pandu Lalu terpilih. Tidak cukup itu saja, pelanggan hanya perlu mengumpul lima setem daripada restoran McDonald’s Pandu Lalu untuk menang baucar yang membolehkan pelanggan menebus menu percuma.
Maklumat lanjut mengenai kempen Jalan-Jalan McD ini boleh melayari laman sesawang di www.mcdonalds.com.my/jalanjalanmcd.
- Kafebuzz.my


