03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

TikTok, Kementerian Komunikasi Digital dan SKMM jalin kerjasama strategik bendung penyebaran kandungan provokatif dan ekstremis

1 min read

Kementerian Komunikasi Digital mengambil langkah proaktif dalam mengawal selia kandungan bahan yang dimuat naik menerusi media sosial.

Menterinya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, Mesyuarat Kabinet Khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Putrajaya pagi semalam antara lain memberikan penekanan berkaitan perlakuan muat naik bahan yang mengandungi unsur provokatif, menggugat keharmonian dan menyentuh sensitiviti kedudukan institusi beraja, agama dan bangsa (3R – ‘Ruler, Religion & Race’) di platform media sosial.

“Susulan itu, saya telah mengadakan perjumpaan antara Kementerian Komunikasi Digital, penyedia platform TikTok dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengutarakan kebimbangan dan keseriusan impak negatif daripada kandungan seumpama ini yang tersebar luas dalam kalangan masyarakat Malaysia yang majmuk, rencam dan harmoni,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ahmad Fahmi (tengah) mempengerusikan perjumpaan dengan penyedia platform TikTok. (Foto: Kementerian Komunikasi Digital)

Menurutnya, hasil perbincangan tersebut memperlihatkan pihak TikTok menyatakan hasrat dan komitmen untuk menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi Digital melalui SKMM untuk segera membendung dan membanteras penyebaran kandungan berunsur provokatif dan bersifat ekstremis ini di media sosial yang menganggu keharmonian pelbagai lapisan masyarakat dalam negara kita yang tercinta ini.

“Insha Allah saya juga akan mengadakan beberapa lagi siri perjumpaan dengan penyedia platform media sosial yang lain bagi memastikan isu ini ditangani secara holisitik dengan kadar segera,” katanya.

Ahmad Fahmi (kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek (tengah) mengadakan pertemuan dengan Ketua Dasar Awam, TikTok Malaysia, Hafizin Tajudin di Putrajaya, semalam. (Foto: Kementerian Komunikasi Digital)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *