Astro dah ada kedai, jom singgah Astro Experience Store!
2 min read
Astro melancarkan Astro Experience Store baharu yang memberikan pengalaman menarik dan unik kepada pelanggannya.
Kumpulan COO dan CEO TV, Astro, Euan Smith berkata Astro teruja membuka Astro Experience Store pertama di Pulau Pinang sebagai cara terbaik pamerkan produk, perkhidmatan dan kelebihan yang menakjubkan untuk pelanggan baharu dan yang sedia ada.
“Kami berbesar hati kerana dapat menyediakan ruang fizikal ini di mana ramai orang boleh menemui dan mengalami ciri-ciri dan faedah produk dan perkhidmatan terkini kami dengan sepenuhnya, memberikan mereka pengalaman secara langsung di kedai sambil memberi mereka gambaran tentang kandungan-kandungan terbaik yang mereka boleh menikmati dengan Astro,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, pelanggan yang berkunjung ke Astro Experience Store boleh menemui kandungan-kandungan terhebat dan terkini Astro yang ditawarkan di Ultra Box termasuk siri prekuel yang dinantikan iaitu ‘Game of Thrones, House Of The Dragon’ menerusi Astro On Demand dan HBO GO selain acara sukan yang disiarkan secara langsung seperti Liga Perdana Inggeris 2022/23 dan animasi kanak-kanak, Didi & Friends, K-drama, Doctor Lawyer di Disney+ Hotstar serta siri popular Netflix, Money Heist: Korea – Joint Economic Area.
“Sewaktu berada di kedai Astro, pelanggan boleh mencuba ke semua ciri-ciri Ultra Box termasuk 4K UHD, mengetahui nilai pek TV terbaik dan cara-cara untuk menikmati hiburan secara on the go dengan aplikasi Astro GO.
“Astro Experience Store terletak di tingkat dua Queensbay Mall. Peminat-peminat Games of Thrones (HBO) boleh mendapatkan set barangan eksklusif House of The Dragon dan berpeluang untuk memenangi edisi terhad kerusi ‘gaming House Of The Dragon X SecretLab‘ apabila mereka mendaftar atau menaik taraf ke Pek Astro Movies, Premium 1, 3 dan Platinum,” katanya.
Bagi pelanggan Astro yang menunjukkan aplikasi My Astro berpeluang menang hadiah eksklusif di kedai. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan maklumat tentang produk-produk Astro seperti promosi Astro Fibre, perkhidmatan, naik taraf pek atau Astro Box dan sebagainya.
Kempen-kempen lain yang masih ditawarkan termasuk Kempen WiFi Lagi Kencang yang menawarkan peluang kepada pelanggan menikmati tahap kelajuan yang lebih laju selama 6 bulan apabila mereka melanggan pelan Astro Fibre pilihan mereka tersendiri dan pelan Astro Fibre Bundle sehingga 30 September 2022.

Astro juga menawarkan promosi RM99.99/bulan kepada pelanggan baharu untuk membantu mereka berjimat lebih banyak pada setiap bulan dengan Pek Astro Premium 1, 2, 3 dan Entertainment Plus selama 6 bulan, hanya tertakluk kepada pelanggan baharu dengan kontrak 24 bulan sahaja.
Maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan Astro, boleh melayari www.astro.com.my.

- Kafebuzz.my


